Klik dengan Bijak dan pengurusan maklumat sukarelawan KOSPEN
27 April 2015 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2015 bertempat di PI Padang Besar Selatan, Jabatan Kesihatan Perlis telah mengadakan Latihan Pengurusan Maklumat Sukarelawan KOSPEN untuk sukarelawan kampung. Sejajar dengan kempen yang telah dilaksanankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, staf PI Kg. Surau dan staf PI Batas Lintang turut datang bersama-sama melaksanakan kempen Klik Dengan Bijak kepada sukarelawan KOSPEN. Taklimat ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang boleh memantau aktiviti salah laku siber kanak-kanak. Golongan sukarelawan kampung ini merupakan wakil kampung masing-masing dan mereka diberi kepercayaan untuk mengisi data kesihatan kedalam sistem online. Selepas taklimat kempen, latihan pengurusan maklumat dimulakan oleh wakil dari Jabatan Kesihatan. Latihan ini akan memudahkan lagi sistem pengurusan maklumat kerana maklumat boleh dikemas kini secara talian oleh komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: